Selasa, 17 Februari 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Atas dasar kepentingan ilmu kepada manusia dan atas dasar menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, saya menggagahkan diri membuat blog ini dan menulis di dalamnya.

Sebagai seorang Muslim, saya merasa adalah salah jika berhenti daripada menuntut ilmu. Sebagai seorang berbangsa Melayu saya selalu merasa ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan sejawat yang sentiasa berusaha menyambung pelajaran terutamanya rakan-rakan daripada bangsa India. Sebagai seorang pendidik yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) saya merasakan ilmu yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan.

Berdasarkan pandangan demikianlah blog ini dinamakan Duniaku Ilmu dengan harapan ianya dapat menjadi pemangkin kepada para pembaca untuk terus menambah ilmu dan melayari hidup dengan ilmu.

Sekian, salam perkenalan.

2 ulasan:

  1. sila lawat http://kembaradiri.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sila lawat http://kembaradiri.blogspot.com disitu ada cerita tentang SMIS tahun 1986-1987. Tapi kau lagi lama dengan aku sejak tahun 1984 4 Sciene 2....memberlama aku ni hehehehe.

    BalasPadam