Assalamualaikum,
Jumaat lepas lebih kurang pukul 3.30 petang saya berpeluang menonton rancangan "Witness" di saluran "Al-Jazeera".
Apa yang menariknya, program ini menunjukkan realiti yang berlaku di sebuah negara umat Islam iaitu Kyrgyztan (maaf jika ejaan ini salah). Telah menjadi budaya yang berakar umbi sejak ratusan tahun di negara umat Islam ini pengantin perempuan akan diculik oleh pemuda yang berminat dengan gadis tersebut. Penculikan ini berlaku tanpa kerelaan gadis tersebut dan banyak kes yang berlaku, pemuda dan gadis yang diculik saling tidak mengenali satu sama lain.
Ditunjukkan dalam rancangan tersebut betapa pemuda yang melakukan penculikan tersebut amat bangga kerana telah mengikuti tradisi masyarakatnya. Malang bagi gadis yang diculik dalam keadaan menangis tetapi tiada sesiapa yang membelanya malah keluarga gadis itu sendiri telah memaksa dia berkahwin dengan si penculik kerana bagi mereka apabila diculik, gadis mesti berkahwin bagi membela maruah keluarga.
Ditunjukkan juga betapa seorang pejuang hak asasi manusia wanita yang tidak bertudung cuba membela maruah dan nasib gadis ini, tetapi semuanya sia-sia.
Inilah contoh betapa jahilnya masarakat Islam dengan ilmu dan betapa jauhnya mereka dengan peraturan hidup Islam yang telah lebih 1500 tahun membela nasib wanita. Dalam posting yang seterusnya saya akan cuba menunjukkan betapa bezanya fahaman masyarakat Kirgystan dengan realiti sebenar ajaran Islam.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan