Assalamualaikum,
Jumaat lepas lebih kurang pukul 3.30 petang saya berpeluang menonton rancangan "Witness" di saluran "Al-Jazeera".
Apa yang menariknya, program ini menunjukkan realiti yang berlaku di sebuah negara umat Islam iaitu Kyrgyztan (maaf jika ejaan ini salah). Telah menjadi budaya yang berakar umbi sejak ratusan tahun di negara umat Islam ini pengantin perempuan akan diculik oleh pemuda yang berminat dengan gadis tersebut. Penculikan ini berlaku tanpa kerelaan gadis tersebut dan banyak kes yang berlaku, pemuda dan gadis yang diculik saling tidak mengenali satu sama lain.
Ditunjukkan dalam rancangan tersebut betapa pemuda yang melakukan penculikan tersebut amat bangga kerana telah mengikuti tradisi masyarakatnya. Malang bagi gadis yang diculik dalam keadaan menangis tetapi tiada sesiapa yang membelanya malah keluarga gadis itu sendiri telah memaksa dia berkahwin dengan si penculik kerana bagi mereka apabila diculik, gadis mesti berkahwin bagi membela maruah keluarga.
Ditunjukkan juga betapa seorang pejuang hak asasi manusia wanita yang tidak bertudung cuba membela maruah dan nasib gadis ini, tetapi semuanya sia-sia.
Inilah contoh betapa jahilnya masarakat Islam dengan ilmu dan betapa jauhnya mereka dengan peraturan hidup Islam yang telah lebih 1500 tahun membela nasib wanita. Dalam posting yang seterusnya saya akan cuba menunjukkan betapa bezanya fahaman masyarakat Kirgystan dengan realiti sebenar ajaran Islam.
Sekian.
Ahad, 22 Februari 2009
Rabu, 18 Februari 2009
BOIKOT
Kenapa Pilih Format Ini?

Assalamualaikum,
Saya teringat kata-kata seorang ustaz (namanya saya lupa) ketika menjadi ahli panel sebuah rancangan dalam radio IKIMfm bahawa "menulis buku ilmiah tidak akan laku dan tidak akan menjadi kaya, namun saya gagahi juga....". Sebagai seorang pengendali blog yang baru saya faham bahawa jika laman ini ingin menjadi popular, saya perlu memilih format politik, melakukan ulasan politik dan buat ulasan-ulasan kontroversi. Lebih baik lagi ulasan itu mestilah bersifat menghentam pemimpin tidak kiralah sama ada pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga boleh membuat blog yang menjadikan dunia hiburan sebagai fokus dan tentu ramai pengikut yang akan memasuki ruang blog ini. Nasib baik ada golongan peniaga tertentu yang akan mengiklankan barangan mereka di dalam blog ini dan saya tentu akan mendapat pendapatan sampingan.
Namun bukan itu yang saya impikan untuk disampaikan melalui ruangan blog ini. Saya tidak peduli jika blog ini tiada pengunjung. Ini tidaklah bermakna saya tidak mengalu-alukan sebarang kunjungan, malah setiap kunjungan akan merupakan suatu yang amat diperlukan oleh saya agar perjuangan yang ingin diterapkan di dalam blog ini tersebar. Tetapi tujuan besar blog ini selain untuk dikunjungi oleh pembaca adalah merupakan suatu peringatan kepada diri saya agar jangan lalai dan leka daripada "standard" yang telah saya sendiri tetapkan iaitu untuk terus menuntut ilmu di mana sahaja sama ada di masjid, surau kolej, universiti, institut latihan dan lain-lain serta menyebarkan ilmu tersebut demi agama saya yang tercinta "ISLAM".
Untuk itu saya akan berusaha di dalam posting selepas ini untuk memasukkan jadual pengajian di masjid yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Saya juga akan berusaha untuk menyampaikan maklumat program-program pembelajaran sepanjang hayat yang ada di IPT-IPT yang ada di Malaysia ini terutamanya di universiti tempat saya melanjutkan pelajaran di peringkat Master sekarang iaitu UPM. Jika ada buku-buku menarik yang dirasakan perlu untuk diulas dan disyorkan untuk dibaca oleh pencinta ilmu juga akan dimasukkan dalam posting yang seterusnya.
Sekian, semoga berjumpa lagi. InsyaAllah!
Selasa, 17 Februari 2009
Salam Pengenalan
Assalamualaikum,
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Atas dasar kepentingan ilmu kepada manusia dan atas dasar menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, saya menggagahkan diri membuat blog ini dan menulis di dalamnya.
Sebagai seorang Muslim, saya merasa adalah salah jika berhenti daripada menuntut ilmu. Sebagai seorang berbangsa Melayu saya selalu merasa ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan sejawat yang sentiasa berusaha menyambung pelajaran terutamanya rakan-rakan daripada bangsa India. Sebagai seorang pendidik yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) saya merasakan ilmu yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan.
Berdasarkan pandangan demikianlah blog ini dinamakan Duniaku Ilmu dengan harapan ianya dapat menjadi pemangkin kepada para pembaca untuk terus menambah ilmu dan melayari hidup dengan ilmu.
Sekian, salam perkenalan.

Langgan:
Catatan (Atom)